Kau Manusia Tamak
aku mengaku aku terkadang tamak,tamak dari segala benda.aku pentingkan diri,aku mengaku aku pentingkan diri.aku tak mahu jadi hipokrit.aku mengaku aku jahat.aku bukan mulia sangat tapi aku ada otak untuk berfikir,aku ada hati untuk merasa,aku ada akal untuk menilai sesuatu benda.kau rasa kau dah cukup hebat?jangan nak perasan,ada orang lagi hebat dari kau.kenapa aku cakap aku tamak?aku pentingkan diri?sebab itu kenyataan.manusia memang mesti ada sifat itu.hanya Allah S.W.T saja yang sempurna.manusia ni banyak cacat celanya.aku rasa aku jadi tamak kadang-kadang tu kerana orang sekeliling aku,keadaan persekitaraan aku.aku tak kata aku accuse benda tu semua,aku just cakap itu adalah faktor-faktornya.kadang-kadang disebabkan enviroment sekeliling kita yang mendorong kita untuk jadi tamak.
Buktinya?kau tengok kawan kau dah pakai kereta international,kau pakai kereta tempatan.kau dengki,kau cemburu,kau rasa tercabar.secara tak langsung segala sifat buruk kau keluar tanpa kau sedari.kau sanggup jual kereta tempatan kau tu,kau cari duit cara haram,pinjam sana,pinjam sini semata-mata mahu tunjuk kan dekat kawan kau yang kau pun boleh pakai kereta international.akhirnya kau yang susah,"along" datang kejar kau dengan parang.itu tamak kan?kau dah elok-elok ada kereta yang biasa,yang boleh digunakan lagi kau tak tahu nak menghargainya kan?ikutkan sangat perasaan buruk kau tu akhirnya sendiri susah.kau tak reti bersyukur.daripada kau jadi tamak dan penuh hasad dengki hati kau tu.apa kata kau angkat tangan tinggi-tinggi kau sebut "ALLHAMDULILLAH,mungkin kali ini rezeki aku sampai sini saja,aku akan lebih usaha gigih".betul tak?
aku tamak,aku tamak bila aku dengan orang yang aku sayang.aku tamak dengan perhatian dia.aku tak tahu sejak bila aku jadi macam ni.aku bukan aku lagi.aku dah lain.aku jadi tamak kerana dia.aku mahu dia lebih kan perhatian dia kepada aku sampai aku lupa dia hanyalah manusia dan bukanlah cyborg yang hanya mendengar arahan aku.kejam juga aku kadang-kadang.aku pentingkan diri sampai lupa dia punyai keinginan dia sendiri.Maaf,aku hanya manusia yang hina.
p/s :aku bersyukur.

Comments
Post a Comment