memahami dan difahami

hari ni,perasaan bercampur aduk.di mulai dengan sedikit bosan kemudian gembira,selepas itu duka,dan kembali gembira.sangat gembira.kepada yang memahami diri aku sangat berterima kasih dan aku sangat menghargainya.aku lebih suka mendengar daripada menyampuk ketika itu.aku jadi seorang pendengar setia kerana aku pernah buat perjanjian tentang itu.aku ada.mendengar kata-kata rasional itu membuatkan aku tenang dan aku sangat memahami kemahuan itu.sepatah perkataan sudah mampu membuatkan hati aku melonjak-lonjak macam budak kecik yang dapat gula-gula kesukaan mereka.kalaulah aku bukan dalam situasi begini,kau sudah aku angkat dan aku bawa ke level lain.

kepada yang tidak memahami,cuba lagi selagi ada masa.jangan bagi aku tunggu lama sangat takut aku bosan lalu angkat kaki pergi dan pasti tidak akan kembali.aku tekad.aku tegas.sedang dengan cermin aku enggan berbagi-chairil anwar.aku takut aku tak mampu bertahan lama.sehabis daya aku bersuara.aku tak mahu bersuara lagi.kau akan rasa aku ini seorang pusher.aku bukan macam itu.tapi kadang-kadang kau buat aku jadi begitu.bukan niat aku untuk menyalahkan kau tapi punca itu semua memang dari kau.

besok,hari baru,aku ingin mulakan dengan semangat baru kerana aku yakin aku masih ada peluang.cuma aku tidak akan meletakkan harapan yang tinggi dan aku harap juga,aku tak akan terbuai dalam situasi itu.



p/s : ini bukan perbandingan.

Comments

Popular Posts