kalau.

word 'kalau' itu suatu tabiat.cuba kau duduk diam-diam di satu sudut yg kau rasa selesa,sambil perhatikan orang-orang disekelliling kau.kau akan terdiam dan terfikir.word 'kalau' yg akan terlintas bila kau ternampak orang lain yg kau rasa much-much better dari life kau.itu tangkapan kau lah.lalu kau pun termenung sambil otak kau ligat berfikir.

"kalau lah aku cantik mcm megan fox......"
"kalau lah aku kaya mcm trump......"
"kalau lah aku pandai mcm albert einstein....."


.......faham tak apa yg aku cuba sampaikan setakat ni?

ok,aku pun salah seorang manusia yg terjangkit dgn penyakit 'kalau' ni,biasalah manusia memang tak kan pernah puas dgn apa yg mereka ada sekarang tapi kau cuba ingat balik,fikir dulu and play dalam otak kau,apa yg kau mahu tak semestinya kau akan dapat.this lately aku dihadapi dgn pelbagai dugaan and mostly semua dari segi kewangan sampai apa saja kerja pun aku sanggup buat asalkan aku dapat duit yg halal.faktor kemelesetan kewangan itu juga buatkan aku kadang-kadang sedikit tertekan.......ok,aku tipu,sebenarnya banyak,sangat banyak impaknya terhadap kehidupan harian aku.

maybe itu salah satu penyebab aku pun selalu terkhayal dgn penyakit 'kalau'....mahu mengeluh tak baik kan nnti dituduh aku ini manusia tak reti bersyukur.so aku pun just melayan saja otak aku yg ligat berangan ni.bila dalam situasi mcm ni,firstly sekali aku teringat is parents aku especially uncle roy(bapak aku):-

"kalau lah dia tak buat hal dulu....."
"kalau lah dia tak kahwin lain......"
"kalau lah dia masih dgn mak....masih dgn aku....."
"kalau lah dia hanya 5org anak dia sj....."
"kalau lah dia masih kerja...."

word 'kalau' selalu digunakan bila kita regret with something or there's something that we just cant have it.serious,aku tak tipu.itu dari segi pemerhatian aku lah.tapi bg org lain aku tak tahulah.so,bila dah punyai fikiran sebegitu nnti kau dan aku sendiri rasa tak puas hati dgn apa yg kau ada,and now my advise is kita buang tabiat dgn penggunaan perkataan 'kalau' itu.tak baik utk mentaliti,ia ibarat perosak pemikiran.ia merupakan tabiat buruk dan jgn di aplikasikan dlm kehidupan harian kau.

dan aku,sedang cuba sedaya upaya menstabilkan kewangan aku tanpa dipengaruhi dgn mentaliti 'kalau' itu.otak aku memberi peringatan agar jgn terjebak dgn 'kalau' itu,ia akan menlalaikan aku sahaja dan aku pula yg akan hanyut dan hilang arah tujuan,hilang self-motivate.


p/s:kalau lah aku anak raja....(hehehehe) (^^,)

Comments

Popular Posts