I'm Complicated.
Orang cakap aku garang.bukan tu.aku tegas.aku tak suka bercerita or ditanya banyak kali.1 ke 2 kali aku boleh tahan lagi.lebih dari tu aku dah rasa darah aku naik dekat otak.mungkin aku yang kurang sabar?hahaha.Pernah ada orang kata aku susah nak difahami,sukar utk dibaca apa yg aku fikirkan.Ternyata benar sekali apa yg org tu labelkan.aku mmg complicated.mood aku senang berubah.kejap baik.kejap happy.kejap moody.kejap gila.kejap garang nak mampus.Patutlah ex aku kata "its a tough to get to know u naina,its not easy for me to handle u" hahahaha.psycho juga aku ni kadang2.
Mungkin org yg jd kawan dgn aku tak rasa mcm tu,tapi pada siapa2 yg ada hati dgn aku tu,mmg susahlah kot nak faham aku.Dulu mungkin lagi senang nak faham aku,sekarang lagi susah.dulu aku naif,sgt lembut hati,diri aku mmg byk kasih syg utk ditaburkan pada org lain.hahaha.ayat aku sungguh tak boleh belah.but now,aku rasa menyampah dgn benda2 tu,aku jadi negatif,aku tak boleh terima org ckp benda2 manis dgn aku,org tanya aku benda yg sama pun aku tak boleh terima.aku rasa bosan.
Cuba kau fikir,kau mesej setiap jam,setiap kali kau mesej tu juga kau tanya soalan sama "tgh buat apa?" "dah mkn?" "td pg mana?".Perghh!aku tak boleh lah terima soalan2 mcm tu sekarang,sekali 2 kau tanya boleh lah,lepas tu...haa..kau tunggu..memang ayat sinis jelah aku bagi.hahahaha.aku rasa baik aku jujur dan berterus terang sj dgn perasaan aku.malas dah aku nak simpan2.Konon2 nak jaga hati org lain aku layankan je soalan2 remeh temeh yg padahal ia buat aku rasa rimas sebenarnya.huh,buat apakan?itu hipokrit.so better aku berterus terang,kau boleh terima kau terima.kau tak boleh terima then thats it.aku cuma tak nak jadi pretender.sbb kalau aku duk layan baik2 sgt,later on aku yg susah.org akan ingat aku bg harapan.padahal aku just nak treat nicely thats why aku layan.but then bila sampai 1 tahap,aku dah mula rasa bosan and penat dgn karenah org..bila aku mula bersuara..haa...time tu perang dunia pun bermula...aku di tuduh kata tak fikirkan perasaan org,aku buat sesuatu tanpa aku sedar aku bg harapan dkt org lain.itu apa yg org pernah ckp dgn aku.sangat shitty...layan baik pun disalah anggap,layan biasa pun disalah anggap.So,aku jadi MENYAMPAH dan PENAT dan MELOYAKAN nak layan karenah manusia begitu jadi biarlah aku jadi diri sendiri,treat org secara roughly sbb itu mmg diri aku yg sebenar.aku bknlah the type of girls yg baik2,manja2,gedik2 bila bercakap.kalau aku buat mcm tu maknanya ada something wrong lah dgn aku.hahaha.the truly aku is kasar percakapan dan perbuatan.ayat aku tajam,tulus dan sinis.Yup,itu baru aku.
Lagi 1 yg aku tak faham,kenapa org suka sgt nk buat report2?perlu ke semua tu?kau kalau dah ada ikatan sah suami isteri tu yelah,memang kena bagitau pada suami isteri nak kemana apa semua tu kan?ni,setakat baru tahap menyinta je....yg nak pg report segala benda apa semua bagai tu kenapa?kau tak rasa rimas ke?aku tak reti and tak suka pun report2 ni,report dkt org aku tak suka,org report kat aku pun aku tak suka.kau nak buat apa,kau punya pasal.asalkan kau tahu jaga diri and aku tahu jaga diri sudahlah.apa yang nak duk kalut sgt?belum kahwin nak pg buat mcm dah kahwin buat apa?menyinta macam nak rak sebelum kahwin pun tak elok gak kan...sbb later on lpas kau kahwin,kau yg start rasa malas nak buat benda2 tu semua and time tu barulah kau rasa mcm kau kene King / Queen control.dah terlambat lah time tuuuu.....hahahaha.Yes,benda2 mcm ni buat aku makin rasa merimaskan,menyusahkan,dan meloyakan bila difikir2 kan balik.Walaupun dulu aku admit aku pun tergolong dikalangan org2 yg pernah jadi mcm tu.
Yes,aku mmg complicated,mungkin sbb dr cara aku berfikir kot...aku lebih suka fikir ikut logik.tak terlalu ringkas.tak terlalu deep.just ikut logik.aku suka benda yg dah plan dulu.bukanlah plan yg sgt forward.plan utk present.nak plan yg forward boleh tapi sikit2 tak terlalu jauh.plan forward sgt pun tak elok gak.aku lagi suka berserah kepada Qada' & Qadar.Aku follow flow yg ada.Sampai 1 tahap,bila aku rasa bosan,aku tukar.
Pengalaman2 yg pernah aku lalui sebelum ni buatkan aku jadi mcm sekarang.So,maknanya aku learn from the mistakes lah kan?eventho org akan labelkan diri aku seorang yg agak kejam,selfish and overprotective.But,tak salahkan?diri aku.aku kenalah jaga daripada sakit lagi sekali.betul tak?Kenapa aku nak bother dgn perasaan and fikiran org lain tentang aku.aku ada byk benda lain lagi nak fikirkan sekarang.ada byk benda lain lg aku nak buat.So,aku tak nak terikat dgn benda2 yg remeh temeh tu semua.menyesakkan otak aku.Better aku mcm ni.biar lone ranger asalkan aku happy dgn apa yg aku ada and apa yg aku buat sekarang.Siapa nak datang kenal aku?mari datanglah,hadap aku dgn berani.dalam mentaliti aku sekarang,aku layan org sama rata.baik lelaki atau perempuan.semuanya kawan dan jgn nak harap lebih dari aku.hahaha.

aku kan SUPERWONDERWOMAN!

Comments
Post a Comment